Thailand kini telah memulakan ujian suntikan vaksin COVID-19 tempatan mereka yang dinamakan sebagai ChulaCov19 – iaitu vaksin RNA (mRNA) COVID-19.
Untuk makluman vaksin Pfizer dan Moderna turut dihasilkan menggunakan kaedah mRNA.
Pelaksanaan ujian di bawah Universiti Chulalongkorn Thailand itu telah dilaksanakan pada semalam (15 Jun) melibatkan sekitar 74 sukarelawan yang di bahagikan kepada 3 kelompok.
Sukarelawan yang terlibat berusia di antara 18 tahun sehingga 55 tahun dan 65 tahun sehingga 75 tahun.
Menurut Kementerian Luar Thailand – pemberian dos vaksin bagi tiga kelompok ini berbeza, mengikut usia penerima. Tindakan ini untuk menguji kepekatan yang diperlukan bagi penghasilan imuniti.
Sementara itu, ujian kedua pula akan membabitkan penglibatan jumlah individu yang lebih tinggi – iaitu diantara 150 individu sehingga 300 individu. Ia dijangka akan dilakukan pada Ogos kelak.
Sekiranya percubaan kedua-dua ujian ini menghasilkan keberkesanan. Kelulusan pengeluaran akan dilaksanakan Thailand dan disasarkan dapat diagihkan sebelum pertengahan 2022.