Artikel

S&P Global Turunkan Paras Pertumbuhan KDNK 2021 Malaysia – Kepada 3.2%

Agenda pemulihan ekonomi Malaysia nyata menjadi lebih sukar daripada apa yang disasarkan. Pelbagai faktor menjadi penyumbang kepada ketirisan tersebut.

Berdasarkan permerhatian permintaan domestik yang masih lemah, agensi penarafan S&P Global Ratings kini menyemak kembali sasaran perkembangan pertumbuhan negara – pada paras 3.2%.

Sasaran ini lebih rendah berbanding semakan sebelumnya, 4.1%.

Menurut S&P, tempoh sekatan yang sudah melepasi 3 bulan memberi kesan negatif pada pertumbuhan negara. Tindakan itu akan memberi kemerosotan dan kerugian yang lebih tinggi kepada sektor perkhidmatan, kadar pengangguran negara.

Untuk makluman, tidak hanya S&P namun Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini turut menyemak turun sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada paras antara 3% sehingga 4%.

Sementara Fitch Solutions pula menyemak kadar pertumbuhan tersebut pada paras 0% berbanding semakan sebelum ini, 4.9%.

Sememangnya situasi ekonomi di Asia Tenggara ketika ini alami kesukaran disebabkan penularan pandemik dan kemunculan varian baharu.

Berbeza dengan pasaran antarabangsa yang kembali papar pengukuhan, berikutan permintaan yang tinggi serta pembukaan semula ekonomi.