Artikel

Berjaya Food Kembali Raih Keuntungan – Sekitar RM47.36 Juta

Setelah melalui fasa kerugian tahun lalu, kini Berjaya Food mencatatkan rekod keuntungan bersih sekitar RM47.36 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun lalu.

Ini merangkumi aliran pendapatan yang positif, dapat diperlihat pada suku keempat 2021 – dengan catatan keuntungan bersih RM14.27 juta. Hasil tersebut meningkat kepada RM180.72 juta berbanding suku sebelumnya yang sekadar RM11.57 juta.

Perolehan keuntungan ini didasari dengan kos operasi lebih rendah dan diseimbangkan dengan kos pengurusan yang lebih teratur untuk mengurangkan bebanan ketika pandemik ini.

Usaha itu, jelas memberi pulangan yang baik buat Berjaya Food.

Seperti yang umum ketahui, Mac lalu – antara agenda yang akan diberi tumpuan Berjaya Food adalah membuka lebih banyak cawangan baharu Starbucks di Malaysia dan mulai mengfokuskan kepada pembangunan e-dagang tersendiri.

Langkah optimis ini diperhatikan pada sumbangan Starbucks dan permintaan pengguna, yang kekal tinggi.