Susulan pelepasan jawatan Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ahli kabinet, operasi perkhidmatan awam negara – diberi jaminan untuk kekal melaksanakan tugasan seperti sedia kala.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Zuki Ali pada kenyataannya hari ini (16 Ogos), memaklumkan perkhidmatan awam akan memastikan segala sistem penyampaian akan terus dilaksanakan tanpa terjejas. Pemantauan akan dilakukan oleh Ketua-Ketua Setiusaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa.
Tindakan ini meliputi segala usaha merangkumi bantuan, inisiatif yang melibatkan peruntukan yang telah digariskan sebelum ini. Terutamanya penetapan di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK), ia akan terus dilaksanakan seperti sedia kala. Perkara itu diberi jaminan tidak akan terkesan. Langkah ini demi kelangsungan rakyat Malaysia.
Sementara membabitkan isu keselamatan pula, PDRM dan ATM akan sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keamanan negara di bawah kawalan baik. Tegas TS Zuki Ali, perkhidmatan awam akan kekal menjalankan tugas meskipun berdepan kesukaran semasa. Oleh itu, orang awam, dinasihatkan untuk tidak khuatir akan pelaksanaan institusi awam negara.