Artikel

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Letak Jawatan Selaku Perdana Menteri Malaysia

Perhatian negara buat masa ini, tertumpu kepada dinamik politik Malaysia dan tindakan lanjut daripada Istana Negara.

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (16 Ogos) telah melaksanakan pertemuan bersama Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sah menghantar surat peletakan jawatanya selaku Perdana Menteri Malaysia.

Pertemuan ini dilakukann setelah melaksanakan perbincangan bersama kabinet pada jam 10 pagi di Putra Perdana. Berdasarkan laporan, pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama YDP Agong itu merangkumi perakuan beliau akan tahap sokongan sederhana yang diterimanya selaku pemimpin negara.

Perakuan itu selaras dengan tuntutan Perkara 40(4) di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Ketua Utama Negara – YDP Agong melihat tiada keperluan untuk pelaksanaan pilihan raya umum buat masa ini. Oleh itu, TS Muhyiddin kini dilantik selaku Perdana Menteri Interim (sementara), sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Untuk makluman, TS Muhyiddin telah mula mengangkat sumpah dan menerima tugasan selaku Perdana Menteri Ke-8 negara pada 1 Mac 2020, tahun lalu. Ini bermakna, beliau telah memimpin Malaysia melebihi 1 tahun 168 hari berkhidmat.

Sementara itu, berkenaan senarai calon Perdana Menteri baharu pula – masih tidak diperincikan berhubung tindakan itu.

Berita dari semasa ke semasa, akan menyusul,