Artikel

GO+ Platform Pelaburan Touch ‘n Go – Kini Menerapkan Pematuhan Syariah

Memahami permintaan yang tinggi berhubung pelaburan mesra muslim, pada hari ini (16 Ogos) berdasarkan kemas-kini TNG eWallet, pihaknya telah mula menerapkan sokongan pematuhan Syariah pada penggunaan ciri GO+.

Seperti yang umum ketahui, pada akhir Mac lalu – Touch ‘n Go telah mula melancarkan penyertaan GO+ pada ruang aplikasi dompet digital mereka.

Bagaimanapun ciri pelaburan tersebut sebelum ini, diperakui tidak memiliki penerapan pematuhan Syariah ketika itu kepada pengguna beragama Islam.

Untuk makluman dana asas untuk GO+ ini adalah Principal e-Cash – adalah dana pasaran wang Islam yang dikeluarkan oleh Principal Malaysia. Ia akan bertindak selaku dana pada pulangan pelaburan.

Dana ini ditubuhkan dengan struktur pelbagai kelas dan dibenarkan untuk menubuhkan kelas baru dari semasa ke semasa tanpa persetujuan pengguna terlebih dahulu.

Ciri GO+ ini merangkumi produk pasaran modal secara langsung dengan nilai serendah RM10, dana unit amanah pasaran wang ini tidak memerlukan pihak ketiga.

Bagi turut serta pada medium ini, para pengguna boleh berbuat demikian:

  • Lengkapkan pengesahan akaun pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Tambah nilai minimun RM10 pada GO+ dan tingkatkan nilai tersebut

Ciri ini membuka ruang kepada pengguna aktif mereka untuk memperolehi pulangan tunai pada baki GO+. Pulangan tersebut akan dikreditkan setiap hari, pengguna boleh  menambah nilai tidak mengira waktu, dan boleh menggunakan dana tersebut.

Malah pada kemas-kini ciri GO+ ini, penyertaan pengguna warga asing masih lagi tidak tersedia, ia hanya terbuka kepada warganegara yang telah berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Para pengguna diingatkan, bagi setiap penyertaan terdapat pengenaan yuran pengurusan 0.45% dan pemegang amanah sehingga 0.03% akan dikenakan untuk setahun. Manakala bagi persoalan kadar pulangan tunai pula bergantung kepada keuntungan dan kerugian bersih utama pada e-Cash berdasarkan harian.