Artikel

Sesi Persekolahan Akan Dibuka Mulai 3 Oktober, Secara Berperingkat – Datuk Radzi Jidin

Memahami permintaan dan kegelisahan orang awam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengambil keputusan menerusi penilaian secara menyeluruh untuk menetapkan pembukaan sesi persekolahan akan dibuka mulai 3 Oktober kelak, secara berperingkat.

Pembukaan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula pelajar pada kelas peperiksaan.

Sebelum ini, KPM pernah menyatakan hasrat untuk membuka sesi persekolahan pada 1 September kelak – namun ia adalah berdasarkan situasi semasa kesihatan negara dan perubahan penilaian.

Kini tindakan tersebut dilanjutkan pada awal Oktober kelak.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin terdapat beberapa pendekatan tegas terhadap aturan SOP akan dilaksanakan terhadap sektor pendidikan negara, khususnya pada agihan suntikan vaksin COVID-19, penjagaan kesihatan dalam kalangan petugas dan pelajar sekolah.

Selain itu, Datuk Radzi Jidin turut menegaskan mana-mana negeri Fasa 1 – Sesi persekolahan tidak akan dibuka secara fizikal. Sementara Fasa 2 dan Fasa 3, sesi persekolahan akan dibuka berdasarkan penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan masing-masing. Pembukaan ini tidak secara menyeluruh namun secara berperingkat.

KPM turut menegaskan penerapan SOP yang sangat ketat telah digariskan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Memahami kerisauan ibubapa serta keluarga, pihak KPM memberi jaminan pemantauan dan pengesanan simptom COVID-19 akan diteliti dengan sebaiknya.