Artikel

Sesi Persekolahan Akan Dibuka Secara Berperingkat, Mulai 1 September Kelak – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan tempoh lanjutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos kelak.

Ketetapan ini terpakai untuk semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Selain itu, berdasarkan penilaian kadar vaksinasi – sesi persekolahan dijangka dibuka secara berperingkat mulai 1September 2021 kelak.

Bagaimanapun perubahan makluman ini akan mengikut ketetapan arahan semasa kerajaan berasaskan situasi kesihatan semasa.