Artikel

Adidas Umum Jual Reebok Kepada Authentic Brands – Dengan Nilai AS$2.5 Bilion

Ternyata pelaporan pada Oktober 2020 lalu, berhubung penjualan Reebok kini menjadi kenyataan.

Adidas pada kenyataan semalam (12 Ogos) kini mengumumkan peralihan jenama Reebok kepada entiti Amerika Syarikat (AS) iaitu Authentic Brands Group, dengan nilai AS$2.5 bilion.

Untuk makluman, pemilikan Adidas pada Reebok ini telah berlaku sejak tahun 2006 lagi dengan perolehan AS$3.8 bilion, peralihan itu sebahagian usaha Adidas dalam mengatasi persaingan dengan Nike – kini peralihan itu dilakukan susulan ketidaktentuan prestasi jualan pada pasaran.

Penutupan urus niaga Adidas-Reebok dijangka akan ditutup pada suku pertama tahun hadapan 2022 dengan sebahagian hasil akan dikongsi bersama pemegang saham Adidas kelak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adidas, Kasper Rorsted – menerusi perubahan peralihan ini pihaknya menjangkakan jenama Reebok akan berada pada kedudukan yang baik untuk jangka masa panjang.