Artikel

Adidas Dilaporkan Ingin Menjual Reebok

Adidas merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan orang hari ini. Terbaru, Adidas dilaporkan sedang melihat untuk menjual jenama Reebook dibawah mereka.

Adidas sebelum ini telah membeli Reebok pada tahun 2005 yang lepas pada nilai $3.8 bilion.

Reebok sebelum ini telah diturunkan nilainya berbanding harga yang dibeli – disamping pihak Adidas sendiri mencuba pelbagai kaedah untuk menjadikan jenama Reebok berjaya dan mencabar yang lain.

Apa pun, dengan penularan wabak Covid-19, ia dilihat jualan Reebok menerima impak yang lebih tinggi, dan kini laporan hadir Adidas sedang melihat untuk menjual jenama berkenaan. Adidas dikatakan mungkin menjualnya sebelum Mac 2021 kelak.