Tindakan tiga petugas Cable News Network (CNN) yang memasuki pejabat syarikat tanpa perolehan vaksin COVID-19 telah memudaratkan kerjaya mereka, apabila kini telah diberhentikan pekerjaan.
CNN memaklumkan, tindakan sedemikian adalah melanggar aturan polisi kesihatan COVID-19 Amerika Syarikat (AS).
Untuk makluman, Mei lalu kerajaan persekutuan AS telah membenarkan kehadiran pekerja secara fizikal di pejabat – namun perlu mendapatan suntikan vaksin COVID-19. Maka setiap syarikat perlu menentukan tarikh pembukaan operasi secara fizikal dan jumlah kakitangan yang terlibat pada kehadiran tersebut.
Berdasarkan laporan AFP, setakat ini CNN akan menangguhkan pembukaan operasi pejabatnya antara 7 September sehingga bulan Oktober kelak.
Selain CNN, terdapat beberapa syarikat besar yang lain di AS turut menyemak kembali polisi kesihatan tersebut dan meminta petugas mereka mendapatkan suntikan vaksin. Antaranya adalah syarikat seperti Google, Facebook dan Microsoft.