Artikel

Facebook, Google – Hanya Benarkan Pekerja Yang Telah Divaksinasi, Kembali Bertugas Di Pejabat

Penyelarasan vaksinasi yang semakin rancak di seluruh dunia kini mulai memberi jaminan kepada semua pihak untuk melaksanakan rutin harian mereka tanpa keraguan, termasuklah kembali bertugas di pejabat semula.

Menerusi laporan AFP – syarikat teknologi dunia, Facebook dan Google kini dilihat mulai mengatur semula rutin operasi mereka, dengan membenarkan pekerja yang telah divaksinasi untuk kembali bertugas di pejabat.

Tindakan sedemikian selari dengan langkah baharu yang akan dilaksanakan terhadap kakitangan firma dan kerajaan Amerika Syarikat (AS). Menurut Google, pelaksanaan itu cenderung pada operasi di AS dan akan diperluaskan kepada cawangan operasi lain.

Facebook turut menyatakan pendirian yang sama – hanya membenarkan kehadiran pekerja yang telah menerima vaksin sahaja. Selebihnya masih dipertimbangkan untuk konsep Bekerja Dari Rumah (BDR).

Untuk makluman, menerusi pelaksanaan ini California dan New York City telah menyatakan tindakan ini akan menuntut ujian mingguan ke atas setiap pekerja, bagi mengekang penularan COVID-19. Khususnya ketika penularan varian Delta yang semakin meruncing ini.