Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat berpotensi menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 50 mata asas (bps) pada negara.
Jangkaan itu mengambilkira berdasarkan momentum penularan COVID-19 Malaysia yang semakin meruncing, bersama kehadiran varian baharu. Menurut pemerhatian Kenanga Research, setakat ini pengekalan OPR masih dikekalkan di paras 1.75% sehingga September depan. Ini berikutan beberapa alternatif kelonggaran telah mula diterapkan pada ekonomi negara pada 10 Ogos kelak.
Untuk makluman paras OPR 1.75% ini adalah paras terendah dan ia merupakan pemotongan kadar sebanyak 4 kali, bermula Januari tahun lalu.
Pemotongan kadar OPR terakhir yang dilaksanakan adalah pada 7 Julai 2020, iaitu menurunkan kadar faedah 25 mata bps kepada 1.75%. Setelah itu, ia terus dikekalkan sehingga kini oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).