Artikel

BigPay Meraih Suntikan Dana Sebanyak $100 Juta

BigPay, salah satu syarikat memfokuskan kewangan dibawah kumpulan AirAsia Digital, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana baharu sebanyak US$100 juta, iaitu sekitar RM422 juta.

Suntikan dana ini dijangka akan digunakan dalam terus memperluaskan penawaran mereka. Antara yang dirancang oleh BigPay adalah termasuk produk pinjaman peribadi digital, pinjaman transaksi, tawaran bantuan SME dan sebagainya.

BigPay telah dimulakan pada 2017 yang lepas, dan mempunyai penawaran di Malaysia dan Singapura. BigPay menyediakan kemudahan mendapatkan kad debit prabayar untuk kegunaan atas-talian, dan menawarkan harga kompetitif untuk tukaran matawang.

Sebelum ini, BigPay juga turut telah mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran mereka ke Thailand tidak lama lagi.