BigPay kini merancang perluaskan perkhidmatannya pada operasi di Thailand, menjelang suku pertama 2022 kelak. Tindakan itu susulan pengambilalihan operasi Gojek, GoPay Thailand yang dilaksanakan oleh AirAsia.
Khimat platform dompet digital itu dilaporkan akan memperincikan perluasan setelah memiliki kelulusan pada bahagian kawalanselia.
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif BigPay, Salim Dhanani – perluasan akses perkhidmatan kewangan ini akan memberi manfaat kepada pertumbuhan di seluruh Asia Tenggara.
Untuk makluman, sejak 2017 penyertaan BigPay di Malaysia telah berjaya membantu sekitar 1.4 juta pengguna berhubung penawaran produk kewangan. Adanya perluasan ini akan meningkatkan ekosistem kewangan entiti di peringkat antarabangsa.