Artikel

Gojek Kini Mempunyai Pegangan Sekitar 4.76% Pada Platform AirAsia

AirAsia kini dilihat lebih memfokuskan kepada perniagaan digital, melalui AirAsia Digital. Selari dengannya, beberapa perkhidmatan telah diperkenalkan, termasuk seru-makanan, dan sebagainya.

Terbaru, hari ini AirAsia turut mengumumkan mereka akan mengambil-alih operasi Gojek di Thailand.

Langkah ini berlaku selari dengan pihak Gojek yang sedang melakukan penyusunan kembali syarikat mereka, dan ingin lebih memfokuskan Vietnam dan SIngapura di luar Indonesia.

Disebabkan hal ini, mereka memilih untuk menjual operasi Gojek di Thailand. AirAsia mengumumkan akan mengambil-alihnya, pada nilai tukaran $50 juta saham AirAsia SuperApp.

AirAsia SuperApp dinilaikan sekitar $1 bilion, sekaligus memberikan pegangan 4.76% kepada Gojek – menurut Reuters.

Sebelum ini, Gojek mengalami kerugian untuk perniagaan mereka di Thailand untuk tahun 2019 dan 2020. Malah, pegangan pasaran Gojek di Thailand tidak begitu tinggi – mungkin membuatkan mereka memilih untuk keluar daripada operasi di negara berkenaan.