Kerajaan sebelum ini, sejak 15 Julai lalu telah mula memberi gambaran awal berhubung syarat kelonggaran terhadap orang awam di mana ketika itu, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta meneliti kembali kelonggaran berhubung SOP terhadap individu yang telah lengkap 2 dos vaksin – kini perincian syarat tersebut dimaklumkan pada hari ini (8 Ogos), oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdapat 3 aspek utama pengrurusan pandemik telah digariskan – ia meliputi kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan perniagaan serta kesejahteraan rakyat.
Berdasarkan sidang khas Kemudahan-Kemudahan Bagi Individu Yang Telah Menerima Vaksinasi Lengkap sebentar tadi, penilaian kerajaan kini bersetuju membenarkan kumpulan berkaitan:
- Pengembara tempatan dan warga asing dibenarkan kuarantin wajib di rumah
- Pasangan suami isteri jarak jauh telah lengkap vaksinasi dibenarkan rentas daerah, negeri
- Ibubapa dibenarkan merentas daerah dan negeri – bertemu anak-anak di bawah umur 18 tahun
- Aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan – wajib paparkan sijil vaksinasi digital
- Aktiviti keagamaan bukan-Islam turut dibenarkan
- Rentas daerah dibenarkan
- Aktiviti dine-in dibenarkan
- Penyediaan ruang makanan di luar premis harus dilaksanakan
- Pengurusan makanan perlu menyemak sijil vaksinasi digital pelanggan
- Pasangan keluarga boleh membawa ahli tanggungan ke restoran
- Aktiviti sukan, riadah tanpa sentuhan fizikal dibenarkan
- Aktiviti pelancongan domestik dalam negeri yang sama dibenarkan
Penguatkuasaan ini akan mula dilaksanakan mulai 10 Ogos kelak.
Untuk makluman, kelonggaran ini bertujuan untuk membenarkan pergerakan dan beberapa aktiviti ekonomi dan sosial diaktifkan semula.
Adanya tindakan ini – ia memberi gambaran awal untuk membenarkan kehidupan rakyat kembali beransur pulih seperti sebelum ini.
- Perlis
- Sarawak
- Labuan
Manakala Fasa 2 PPN adalah;
- Perak
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Pulau Pinang
- Sabah
Fasa 1 PPN pula;
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Johor
- Negeri Sembilan
Berita terperinci akan dikemaskini berdasarkan arahan semasa kerajaan persekutuan.