Artikel

JKJAV Diminta Pertimbang – Kelonggaran Pergerakan Terhadap Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

Bagi membolehkan kehidupan normal kembali seperti sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) kini diminta meneliti kembali kelonggaran berhubung SOP terhadap individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.

Permintaan kerajaan pusat ini, bertujuan untuk membenarkan pergerakan dan beberapa aktiviti sosial diaktifkan semula.

Bagaimanapun penilaian ini bersifat jangka masa panjang, disamping dapat membenarkan kehidupan rakyat kembali beransur pulih seperti sebelum ini.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pemantauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara hari ini (15 Julai)