Artikel

Agenda Pemulihan Negara Harus Diteruskan, Termasuklah Sasaran Pembukaan Ekonomi – Tengku Zafrul

Walaupun negara ketika ini mengalami ketidaktentuan dalam politik negara, namun ia tidak seharusnya mengugat agenda Malaysia ke arah pemulihan bagi pertumbuhan ekonomi.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) negara melihat agenda dan 6 prinsip utama ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) harus terus dilaksanakan.

Antara prinsip yang perlu menjadi tumpuan ketika ini adalah:

  • Pembukaan semula ekonomi
  • Aturan keputusan berlandaskan sains dan data
  • Pendekatan seluruh negara
  • Membentuk pelan dinamik yang disesuaikan mengikut perkembangan semasa

Menurut Tengku Zafrul, pembentukan PPN merangkumi idea pelbagai pihak, tidak hanya kerajaan – bahkan pihak pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), ahli ekonomi dan pemain industri.

Penerapan PPN penting untuk negara dalam mengatasi krisis pandemik ketika ini, dan ia berupaya menyumbang kepada kestabilan pertumbuhan negara.

Untuk makluman setakat ini, sekitar 8 pakej rangsangan merangkumi jumlah RM530 bilion telah disalurkan negara – meliputi dana kewangan dan bukan-kewangan.

Bagaimanapun, corak dagangan negara dilihat memaparkan sedikit daya perlahan – di mana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kadar pertumbuhan lebih perlahan, dan momentum pemulihan akan alami kesukaran.