Artikel

Kadar Pertumbuhan Lebih Perlahan, Malaysia Dijangka Hadapi Cabaran Pemulihan – DOSM

Penularan pandemik COVID-19 yang berlarutan sejak tahun lalu, telah merumitkan situasi ekonomi dan kesihatan negara. Ini memberi kesan yang mendalam khususnya sektor pengeluaran dan perkhidmatan, yang terpaksa berdepan penutupan operasi secara berkala.

Situasi ini dapat diperlihat pada data Sorotan Ekonomi dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan prestasi pertumbuhan mengalami ketidaktentuan, meskipun prestasi indikator utama meningkat pada Mei 2021 namun prestasi Indeks Pelapor (IP) mencatatkan penurunan 6.9% berbanding 15.7% pada April 2021.

Penyusutan ini turut dipaparkan pada kadar aliran IP secara bulanan yang mencatatkan -2.9%, situasi ini sekaligus menjadi petunjuk kepada ekonomi negara akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan momentum ke arah pemulihan.

Pada masa yang sama, kedudukan kes harian semasa yang menuntut sekatan tambahan ke atas ekonomi negara – disasarkan terus memberi kesan pada prestasi perdagangan, antaranya kepada Selangor selaku pengimport utama bagi Mei 2021.