Isu komisen berlebihan sebelum ini, menjadikan keperluan penambahbaikan platform penghantaran makanan Malaysia harus diperkasakan. Kini, dua entiti platform tersebut Grab Malaysia dan Foodpanda Malaysia telah diminta mengemukakan cadangan serta polisi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Tindakan ini untuk memahami operasi industri secara menyeluruh.
Ini meliputi pelbagai aspek penambahbaikan, iaitu kadar caj lebih rendah, penawaran khidmat terhadap peniaga dan pengguna.
Terdapat 3 maklum balas yang akan dikemukakan dua entiti tersebut;
- Pelan komunikasi yang jelas, teratur dari syarikat kepada peniaga, pengguna dan rakan penghantar
- Sistem aplikasi yang jelas dan tidak mengelirukan semua pihak
- Polisi caj penghantaran, komisen serta kadar upah
Seperti yang umum ketahui, terdapat perdebatan sebelum ini mengatakan segelintir platform penghantaran makanan mengambil komisen berlebihan sehingga 35%.
Mengambil serius perihal itu – MyCC dan KPDNHEP pada 26 Julai lalu telah memaklumkan pemantauan pada platform penghantaran makanan sedang dilaksanakan – untuk melihat sama ada terdapat tentangan operasi dengan Akta Persaingan 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, ataupun tidak.
Menerusi situasi ini, orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan salah-laku perkhidmatan platform dengan mengajukan aduan melalui portal MyCC dan e-aduan KPDNHEP atau mengemukakan aduannya ke [email protected] serta melalui talian aplikasi Whatsapp di 019-215-2273/ 019-2794317 (KPDNHEP).