Susulan terdapat aduan berhubung pengenaan caj komisen dan harga makanan, minuman yang tinggi. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini akan memantau syarikat berkaitan platform penghantaran makanan.
Sebelum ini, terdapat perdebatan mengatakan – segelintir platform penghantaran makanan mengambil komisen berlebihan sehingga 35%.
MyCC dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama pihak berkaitan termasuk pemain F&B dan industri runcit telah membincangkan untuk memahami isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Berdasarkan pertemuan pemain industri ini, terdapat beberapa percanggahan tindakan didapati, tidak hanya dari aspek persaingan bahkan dari aspek kepenggunaan.
Bagaimanapun, tindakan itu sedang diteliti bersama pihak berkepentingan dan pihaknya akan menilai sama ada platform yang terlibat melaksanakan operasi bertentangan dengan Akta Persaingan 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, ataupun tidak.
Menerusi situasi ini, orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan salah-laku perkhidmatan platform ter dengan mengajukan aduan melalui portal MyCC atau mengemukakan aduannya ke [email protected] atau melalui talian aplikasi Whatsapp di 019-215-2273.