Artikel

Ketua Pegawai Pemasaran Grab, Kini Sertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines

Perluasan sesebuah syarikat memerlukan penyertaan pelbagai pakar dalam memahami permintaan ekonomi global. Kesedaran itu kini membawa matlamat Malaysia Aviation Group (MAG) berkerjasama dengan pelbagai pengalaman rangkaian bagi memantapkan lembaga pengurusan.

Semalam (29 Julai), MAG telah bersama kenyataan rasmi telah memaklumkan lantikan baharu pada lembaga MAG dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang terdiri daripada Cheryl Goh Ching Ling selaku Pengarah Bukan Eksekutif lembaga.

Untuk makluman Cheryl adalah Timbalan Presiden Pemasaran dan Kelestarian serta Ketua Pegawai Pemasaran bagi entiti teknologi Grab Holdings.

Pengetahuan Cheryl berhubung plaform e-dagang berupaya memantapkan agenda kumpulan MAG, MAB pada ekonomi digital. Langkah ini selari dengan pelancaran Journify sebelum ini, yang menjadi platform gabungan antara perjalanan udara serta gaya hidup pengguna.

Tidak hanya itu, peranannya pada pemantauan pemasaran disasar akan menghasilkan perubahan perkembangan untuk pelbagai perkhidmatan di bawah MAG, MAB. Wujudnya penyertaan ini dapat meningkatkan visi kumpulan untuk menerajui sektor pelancongan global.