Keperluan persediaan ke arah pemulihan pelancongan – Malaysia Aviation Group (MAG) kini menampilkan platform digital Journify, yang merangkumkan perjalanan serta gaya hidup di bawah satu pusat sehenti aplikasi.
Menerusi pengenalan Journify – ia mengubah ia membolehkan para pengguna memiliki akses kepada maklumat dan merancang pelancongan mereka dengan lebih baik. Ini termasuk melayari dan mencari tempat dan tarikan pelancongan terbaik.
Di bawah platform digital ini turut tersedia perkhidmatan Journify2U yang membolehkan pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk membeli produk di aplikasi Journify dan pembelian itu akan dihantar kepada mereka di ruang pelepasan.
MAG melihat ini adalah tawaran inovatif pertama di dunia, yang menggabungkan pengalaman perjalanan udara dengan e-dagang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail Journify menandakan tonggak penting dalam perjalanan transformasi MAG ke arah platform digital.
Bagi meraikan pelancaran ini – Journify menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan hebat dengan baucar diskaun untuk jenama terpilih di Malaysia. Tawaran lain termasuk baucar diskaun program keahlian yang membolehkan ahli menebus lebih dari 300 hidangan khas secara percuma di lebih dari 100 restoran yang mengambil bahagian di Lembah Klang.
Sebarang maklumat lanjut para pengguna boleh melayari pautan JournifyShop Malaysia Airlines atau memuat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk perincian seterusnya.