Artikel

Pertambahan Kes COVID-19 Berisiko Cetus Penangguhan Phuket Sandbox

Thailand sejak 1 Julai lalu, telah mula melaksanakan inisiatif Phuket Sandbox bagi merancakkan semula sektor peranginan dan perlancongan negara mereka.

Awal Julai telah memperlihat hampir 8,000 pendaftaran pelancong asing yang telah lengkap vaksinasi dicatatkan untuk permohonan Sijil Kebenaran Masuk (COE) dari kedutaan Thailand di setiap negara. 

Bagaimanapun, menghampiri akhir bulan ini peningkatan kes COVID-19 telah direkodkan sebanyak 79 kes baharu bagi data 19 Julai-25 Julai 2021, sementara 54 kes pula dicatatkan bagi data 26-27 Julai.

Makluman Statistik Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) itu jelas menunjukkan pulau tersebut telah melebihi jangkaan yang diperuntukkan. Sebelum ini, sekiranya melebihi 90 kes, inisiatif tersebut akan ditangguhkan seketika.

Berdasarkan data, setakat 1 julai sekitar 11,806 pelancong asing telah memasuki pulau tersebut dan 26 individu daripada telah disahkan positif COVID-19.