Artikel

Phuket Sandbox – Thailand Sasar Terima 100,000 Kunjungan Pelancong Asing, Pada Suku Ketiga 2021

Seperti yang umum ketahui, Thailand telah membuka semula operasi di Phuket untuk kunjungan para pelancong, menerusi program Phuket Sandbox.

Pada laporan hari ini, sekitar 7,890 pelancong asing telah mula berdaftar, memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) dari kedutaan Thailand di setiap negara.

Setakat ini, sekitar 6,119 pelancong tersebut telah menerima sijil vaksinasi – sementara 2,802 pelancong asing pula telah menerima COE. Menerusi permintaan kemasukan yang tinggi ini – Thailand menjangkakan kunjungan ke Phuket akan mencecah sekitar 100,000 pelancong asing, sehingga suku ketiga 2021.

Menerusi pembukaan sejak 1 Julai ini – Thailand menyasarkan pembukaan Phuket akan memberi pulangan pendapatan mencecah AS$277 juta kepada negara.