Artikel

Pelepasan Cukai Selama 2 Tahun Berupaya Dorong Kelangsungan IPTS – Dr Maszlee

Institusi pendidikan mengalami kesan yang begitu ketara ketika pandemik COVID-19 ini. Tidak terkecuali pendidikan swasta.

Menyedari hakikat itu, mantan Menteri Pendidikan negara Dr Maszlee Malik hari ini (27 Julai) menzahirkan keperluan untuk membantu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan memberi pelepasan cukai terhadap operasi terlibat.

Untuk makluman IPTS ketika ini berdepan dengan penurunan kemasukan pelajar baharu secara mendadak sehingga mencecah 50%. Malah tahun lalu, sekitar 60 institusi pendidikan tinggi swasta telah ditutup. Angka ini dijangka terus meningkat disebabkan fasa pemulihan PPN.

Adanya pelepasan cukai IPTS merangkumi tempoh 2 tahun, dilihat berupaya membantu kelangsungan entiti pendidikan swasta sepanjang pandemik COVID-19. Berdasarkan data pertumbuhan, segmen IPTS dijangka peroleh 5% hingga 6% tahunan bersamaan dengan kadar sumbangan RM65 bilion menjelang 2025 dan RM84 bilion pada tahun 2030 kelak.

Maka, tindakan bantuan jangka masa panjang perlu dilakukan untuk sektor pendidikan swasta.

Selain pelepasan cukai, Dr Maszlee turut memohon penawaran subsidi bayaran yuran kepada pelajar insitusi swasta di bawah kategori B40 dan M40. Tindakan ini meringankan bebanan tanggungan yang dihadapi ketika pandemik.

Sementara itu, pengecualian visa dan pengurangan bayaran visa kepasa Education Malaysia Global Services untuk pelajar antarabangsa juga wajar dilaksanakan.

Tindakan pengecualian itu merangkumi insitusi awam dan swasta, sehingga mereka dibenarkan kembali ke Malaysia.