Melihat potensi yang dimiliki negara dalam memperluaskan empayar tanaman koko, Lembaga Koko Malaysia (LKM) kini menyasarkan peningkatan pengkomersialan ekosistem pada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Malah LKM turut menyasarkan penerapan lebih 10 teknologi, inovasi baharu berasaskan sokongan peranti berhubung (IoT) dan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) pada kemajuan industri.
Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, industri koko perlu dipertingkatkan untuk mengambil peluang persaingan di pasaran antarabangsa.
Untuk makluman, penyelidikan LKM R&D telah menerima 60 pengiktirafan di peringkat tempatan dan global, sementara 38 inovasi telah diperkenal dan peroleh hak harta intelek untuk industri. Maka usaha untuk terus memperkasakan ekosistem industri koko wajar dipergiatkan negara.
Ini tidak hanya meningkatkan pengeluaran, pertumbuhan tetapi turut memberi kesan pada pembangunan peluang pekerjaan Malaysia.
Setakat ini sektor koko telah menyumbang RM6.23 biliom ada pendapatn eksport untuk tahun 2020 dan RM1.64 bilion pada pertumbuhan KDNK 2020. Peningkatan 5.4% diperlihatkan berbanding data 2019. Melalui inisiatif pengkomersialan bersama MTDC, industri koko negara dijangka akan terus memaparkan peningkatan pertumbuhan dan permintaan di peringkat antarabangsa.