Artikel

Pembayaran i-SINAR KWSP Bagi Ogos – Akan Disalurkan Lebih Awal, Pada 26-27 Julai Ini

Penyaluran dana pengeluaran i-SINAR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Ogos, akan diperawalkan pada 26 dan 27 Julai ini.

KWSP memaklumkan perkara tersebut pada laman rasmi Facebooknya semalam, 23 Julai.

Untuk makluman jumlah pengeluaran dan kriteria sebelum ini masih dikekalkan. Ia seperti berikut:

  • 1 – Pencarum yang memiliki simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah pada Akaun 1, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga RM10,000
  • 2 – Pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 dan ke atas, memiliki akses jumlah pengeluaran sehingga 10% pada Akaun 1

Kedua-dua pengeluaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan.

Para ahli pencarum terlibat kini disarankan untk menyemak status bayaran terkini menerusi akaun iAkaun atau boleh melayari portal kwsp.gov.my serta hubungi talian 03-89224848 dan 03-89226000.

Sementara itu, bagi agihan i-CITRA KWSP pula, akan mula diagihkan bayaran pertama mulai 2 Ogos kelak.