Artikel

Pembayaran i-CITRA KWSP Akan Disalurkan, Seawal 2 Ogos Dan 5 Ogos Kelak

Umum ketahui, di bawah pakej rangsangan PEMULIH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menampilkan ciri pengeluaran baharu, iaitu i-CITRA kepada para pencarum.

Ciri ini akan memberi kemudahan kepada pencarum dengan nilai pengeluaran sehingga RM5,000.  Pertengahan bulan ini, telah menunjukkan permohonan lebih awal dibuka kepada pencarum mulai 12 Julai lalu.

Untuk makluman, bayaran i-CITRa akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Kini berdasarkan kelulusan yang diterima pencarum – bayaran pertama pengeluaran i-CITRA ini akan dilakukan seawal 2 Ogos dan 5 Ogos kelak.

Namun begitu, untuk pencarum yang memohin kaedah pembayaran menerusi Arahan Bayaran – kumpulan ini akan menerima notis pengambilan atau dihubungi KWSP untuk urusan lanjut.

Sebarang maklumat dan semakan status i-CITRA boleh di semak pada aplikasi  atau laman portal i-CITRA KWSP.

Ini adalah anggaran amaun pengeluaran i-CITRA untuk perincian pencarum:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)