Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Pakej PEMULIH, kini telah mempercepatkan pembukaan permohonan pengeluaran tunai i-CITRA mulai 12 Julai ini.
Untuk makluman, menerusi pengeluaran i-Citra, ia memberi kemudahan kepada pencarum dengan pengeluaran sehingga RM5,000.
Kelonggaran ini diberi kepada para pencarum, untuk mendepani krisis kewangan yang dilalui ketika ini. Menerusi ciri baharu ini, ia dianggarkan dapat memanfaatkan sekitar 12.6 juta pencarum dengan pengeluaran setiap bulan sebanyak RM1,000 untuk tempoh 5 bulan.
Meskipun kerajaan melihat tindakan ini akan memberi kesan kepada simpanan saraan pekerja – namun melalui kemudahan kelonggaran ia akan membantu nilai aliran tunai pencarum ketika krisis. Kemudahan ini akan tersedia mulai 15 Julai kelak.
Berdasarkan jangkaan – pembayaran pertama pengeluaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank mulai Ogos 2021.
Bagi mengetahui maklumat lanjut, para pencarum boleh layari pautan KWSP i-CITRA iaitu icitra.kwsp.gov.my untuk makluman lanjut.