Artikel

Jirnexu Kini Atur Kerjasama – Dengan Lebih 5 Pesaing Perolehan Lesen Bank Digital Malaysia

Jirnexu, syarikat fintech negara kini mengumumkan perjanjian perkongsian strategik bersama lebih dari 5 bentuk konsortium yang sedang dalam perolehan lesen bank digital negara.

Menerusi pengalaman kepakaran Jirnexu dan sebahagian Sandbox Pengawalseliaan Teknologi Kewangan BNM, input mereka bersama RinggitPlus.com mampu membantu mengukuhkan portfolio para pesaing dalam pemilikan lesen bank digital.

Untuk makluman, Jirnexu menawarkan platform pemerolehan digital, pemarkahan kredit alternatif, pemberian pinjaman sebagai perkhidmatan (LAAS), dan penyelesaian dan perkhidmatan pemasaran digital untuk institusi perkhidmatan kewangan (FSI) dan penyedia perkhidmatan di Asia.

Bagi meningkatkan literasi kewangan negara, Jirnexu bersama RinggitPlus telah mengembangkan sistem skor kredit, yang disebut X-Score, dengan menggunakan data hak miliknya dari aplikasi kad kredit dan pinjaman peribadi bersumber secara digital. Ciri ini dilihat akan membolehkan pesaing bank digital mendapatkan pelanggan mengikut kesesuaian risiko mereka.

Untuk makluman pembaca, Malaysia akan memiliki 5 lesen bank digital yang bakal diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku pertama 2022.