Artikel

Perincian Kelonggaran Terhadap Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19, Diketahui Selepas Aidiladha – TPM Ismail Sabri

Isu berhubung perincian kelonggaran terhadap orang awam yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19 hanya akan diketahui selepas Aidiladha, iaitu selepas tarikh 20 Julai.

Penjelasan ini telah dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri – Dato’ Sri Ismail Sabri pada hari ini (19 Julai).

Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta meneliti kembali kelonggaran berhubung SOP terhadap individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.

Kini permintaan kelonggaran kerajaan pusat itu, akan dimaklumkan pada minggu ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk makluman, kelonggaran ini bertujuan untuk membenarkan pergerakan dan beberapa aktiviti ekonomi dan sosial diaktifkan semula.

Adanya tindakan ini – ia memberi gambaran awal untuk membenarkan kehidupan rakyat kembali beransur pulih seperti sebelum ini.

Berita terperinci akan dikemaskini berdasarkan arahan semasa kerajaan persekutuan.