Data sejak Januari 2020 sehingga Mei tahun ini – seramai 829 individu telah berjaya diselamatkan, dari menjadi mangsa pemerdagangan manusia di negara.
Isu ini turut merangkumi isu buruh paksa.
Berdasarkan makluman Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman – rekod tahun lalu, hasil 146 serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 599 individu. Sementara itu, rekod 5 bulan pertama tahun ini pula telah berjaya menyelamatkan 230 individu dalam 44 serbuan yang dilakukan setakat Mei 2021.
Untuk makluman, isu ini bukanlah isu yang baharu buat Malaysia. Awal Julai lalu – Laporan Pemerdagangan Manusia Peringkat Global telah menakrifkan kedudukan negara di Paras Ketiga iaitu paras terendah pada isu ini.
Penurunan paras sedemikian merangkumi usaha yang kurang efektif negara dalam menangani isu penindasan memperdagangkan tenaga buruh. Ini meliputi sektor seperti perladangan, pembuatan.
Bagi kedua-dua sektor tersebut, sebelum ini Malaysia telah berdepan dengan pelbagai penggunaan isu buruh paksa. Antara entiti yang terlibat dibawah sekatan import AS adalah Top Glove, FGV Holdings, dan Sime Darby Plantation.
Penetapan Tahap 3 ini dilihat berkemungkinan mempengaruhi akses negara dalam memperolehi bantuan AS – di mana ia mewujudkan spekulasi prinsip Malaysia berhubung tindakan lanjutan isu pemerdagangan manusia ini.
Bagaimanapun, PDRM negara kekal memberi penegasan akan terus membanteras isu pemerdagangan manusia ini. Ia suatu jenayah yang serius buat negara dan peringkat global.