Artikel

Isu Pemerdagangan Manusia – AS Turunkan Kedudukan Malaysia Ke Tahap 3, Paras Terendah

Jika sebelum ini, Malaysia di Tahap 2 berhubung isu pemerdagangan manusia. Kini tidak lagi – apabila Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada hari ini (2 Julai) telah menurunkan kedudukan tersebut ke Tahap 3, iaitu paras terendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2021.

Situasi ini menunjukkan, Malaysia tersenarai antara 17 negara di bawah Tahap 3 – termasuklah Korea Utara, China, Afghanistan dan Rusia. Sementara negara jiran sperti Singapura, Filipina di Tahap 1, Indonesia di Tahap 2 dan Thailand di Tahap 2 (Pemantauan).

Penurunan paras sedemikian merangkumi usaha yang kurang efektif negara dalam menangani isu penindasan memperdagangkan tenaga buruh. Ini meliputi sektor seperti perladangan, pembuatan.

Bagi kedua-dua sektor tersebut, sebelum ini Malaysia telah berdepan dengan pelbagai penggunaan isu buruh paksa. Antara entiti yang terlibat dibawah sekatan import AS adalah Top Glove, FGV Holdings, dan Sime Darby Plantation.

Penetapan Tahap 3 ini dilihat berkemungkinan mempengaruhi akses negara dalam memperolehi bantuan AS – di mana ia mewujudkan spekulasi prinsip Malaysia berhubung tindakan lanjutan isu pemerdagangan manusia ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklum balas dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan terbabit.

Untuk makluman, Malaysia dikatakan memiliki 2 juta pekerja asing berdokumen dan angka pendatang asing tanpa dokumen dijangka lebih tinggi. Rata-rata pendatang adalah merangkumi warga Rohingya dan Myanmar.