Jika sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta meneliti kembali kelonggaran berhubung SOP terhadap individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.
Kini permintaan kelonggaran kerajaan pusat itu, dilaporkan akan dimaklumkan pada minggu hadapan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk makluman, kelonggaran ini bertujuan untuk membenarkan pergerakan dan beberapa aktiviti sosial diaktifkan semula.
Langkah itu dilihat dapat membenarkan kehidupan rakyat kembali beransur pulih seperti sebelum ini.
Berita terperinci akan dikemaskini berdasarkan arahan semasa kerajaan persekutuan.