Artikel

Seluruh Negara Dijangka Mampu Beralih Ke Fasa 2 PPN Pada Awal Ogos

Pada hari ini, beberapa buah negeri telah melepasi ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), antaranya adalah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak.

Berkongsi lanjut mengenainya, kini DS Ismail Sabri mengatakan seluruh negara dijangka mampu beralih ke Fasa 2 PPN sekitar awal Ogos 2021 kelak.

Perkembangan ini dikongsikan selari dengan kadar vaksinasi lengkap 2 dos telah melepasi nilai ambang 10% yang ditetapkan untuk negara beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

Dibawah Fasa 2 PPN kelak, ia akan membenarkan operasi sejumlah sektor ekonomi tambahan, antaranya:

  • Sektor Pembuatan – Automotif (Kenderaan & Komponen), Getah, Seramik, Besi & Keluli, Kilang Perabot (tujuan eksport) dan Simen
  • Sektor Perdagangan & Pengedaran – Kedai Buku & alat tulis, Kedai cuci kereta, Barangan elektrik dan Kedai gunting rambut (perkhidmatan asas sahaja).
  • Pasar Tani & Pasar Pagi – meliputi 6 komoditi sayur-sayuran,buah-buahan,barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi secara individu dan tidak bersentuhan dibenarkan.

Fasa 2 PPN pula akan kekal sehingga purata kes harian Covid-19 menurun dibawah 2,000 kes, selain kadar vaksinasi bagi populaasi menerima dua dos lengkap mencapai 40%.