Jika pada Jun lalu, Bank Dunia telah menurunkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada paras 4.5% – kini tindakan yang sama akan disemak semula oleh kerajaan persekutuan pada Ogos kelak.
Menurut laporan Bloomberg, Menteri Kewangan negara (MOF) – Tengku Zafrul melihat meskipun pentadbiran yakin akan proses vaksinasi, namun kesan pada pertumbuhan kekal diterima negara. Ini disebabkan sekatan pembukaan ekonomi secara menyeluruh.
Prospek pertumbuhan itu dijangka akan disemak semula pada Ogos ini dan ia meliputi semakan pada kadar 4% pertumbuhan, yang sebelum ini di paras 6.5% sehingga 7%.
Seperti yang umum ketahui, Tengku Zafrul kini dipertanggungjawab selaku Menteri Penyelaras berhubung Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memantau pelaksanaan strategi dan langkah intervensi.