Artikel

Perluasan MR DIY Express – Tingkatkan Prestasi Pertumbuhan, Seiring Memenuhi Permintaan Setempat

MR DIY – penyedia khidmat penambahbaikan kediaman kini merancang memperluaskan empayar dengan strategi konsep cawangan berbeza. Langkah ini dilakukan bagi tumpuan kawasan luar bandar terlebih dahulu.

Seperti yang kita ketahui, MR DIY telah memiliki 4 cawangan MR DIY Express di empat buah negeri meliputi Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sasaran perancangan ini akan melibatkan perluasan cawangan MR DIY Express di seluruh negara dengan keluasan cawangan 2,000 kaki persegi. Menerusi jangkaan itu, cawangan ekspres ini akan menawarkan sekitar 30% produk mereka kepada orang awam.

Penawaran ini akan disesuaikan dengan permintaan masyarakat setempat dan ini membantu meningkatkan pertumbuhan entiti.

Ia tidak hanya memberi kelebihan penawaran bahkan struktur kos cawangan juga menjadi lebih rendah dari aspek bil utiliti serta kekuatan kakitangan.

Pada masa yang sama, MR DIY masih kekal dengan perancangan pembukaan 175 cawangan pada tahun ini, dengan membabitkan MR DOLLAR dan MR TOY. Setakat ini, bagi suku pertama 2021, entiti ini telah mendahului sasaran dengan pembukaan 54 cawangan fizikal.