Entiti penyedia penambahbaikan kediaman – MR DIY ini terus memperluaskan empayar mereka. Pihaknya kini merancang buka 175 cawangan baharu di bawah 3 jenamanya.
Ia merangkumi pembukaan 100 cawangan MR DIY, 25 cawangan MR TOY dan 50 cawangan baharu bagi MR DOLLAR.
Langkah ini untuk memastikan penyediaan barangan keperluan dapat dipenuhi untuk pelanggan aktif mereka.
Seperti yang umum ketahui, pertumbuhan MR DIY kekal memaparkan pengukuhan berikutan peningkatan lebih 36% pada 2020. Ia didorong peningkatan permintaan pengguna ketika pandemik.
Apa yang lebih menarik, percaturan memperluaskan cawangan kedai fizikal mereka diperhatikan berdasarkan penggunaan data dan aliran minat pembelian pengguna. Menerusi kaedah ini ia akan membantu MR DIY mengetahui momentum pengguna mereka.