Artikel

OPR Masih Kekal Paras 1.75% – Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) kini masih mengekalkan paras OPR ditahap yang sama iaitu 1.75%. Penilaian itu telah dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari ini (8 Julai).

OPR atau Kadar Dasar Semalaman adalah sebah kadar yang ditetapkan oleh BNM ke atas pinjaman dana untuk seluruh bank di Malaysia.

MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif. Selain itu, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus dilaksanakan bagi mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.

Dalam kenyataan yang sama, BNM turut menyatakan peningkatan inflasi menyeluruh yang naik mendadak baru-baru ini disebabkan oleh kesan asas daripada harga bahan api yang rendah pada suku kedua tahun 2020. Peningkatan mendadak ini adalah bersifat sementara dan inflasi keseluruhan disasarkan sederhana pada tempoh terdekat apabila kesan asas ini luput.

Bagi tahun 2021, BNM menjangkakan purata inflasi keseluruhan akan lebih rendah pada julat unjuran. Sementara inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, berpurata antara 0.5% hingga 1.5% untuk tahun ini.

Walau bagaimanapun, prospek ini bergantung pada perkembangan harga komoditi global.