Pada 28 Jun lalu, di bawah Pakej PEMULIH – kerajaan pusat telah memaklumkan tawaran permohonan moratorium selama 6 bulan tanpa syarat – kepada B40, M40, T20 dan usahawan mikro yang terjejas.
Kini permohonan tersebut telah dibuka, pada hari ini (7 Julai).
Bagi memudahkan orang awam – terdapat 3 saluran permohonan yang boleh dilakukan, merangkumi;
- Borang laman web
- Emel
- Panggilan Telefon
Setelah melaksanakan mana-mana kaedah, para peminjam akan menerima pengesahan kelayakan dalam tempoh 5 hari untuk individu dan 14 hari untuk peminjam PKS – lulus secara automatik.
Untuk makluman proses kelayakan hanya tertakluk kepada peminjam yang tidak memiliki tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari, serta tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan.