Artikel

Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat – Kini Diberi Kepada B40, M40, T20 Dan Usahawan Mikro

Memahami kesukaran yang di alami masyarakat negara, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin memaklumkan tawaran moratorium selama 6 bulan tanpa syarat, kini diberi di bawah makluman Pakej PEMULIH.

Ini bermakna keseluruhan kumpulan meliputi B40, M40, T20 dan usahawan mikro boleh memaklumkan kepada perbankan masing-masing berhubugn tangguhan bayaran.

Langkah ini bertujuan untuk membantu orang awam, meringankan bebanan pembiayaan mereka ketika pandemik COVID-19. Tindakan ini bagi PKS yang terjejas akan mula berkuatkuasa pada 7 Julai kelak.