23 Mac lalu, dunia digemparkan dengan peristiwa sekatan kapal kontena Ever Given milik Evergreen Marine pada laluan Terusan Suez. Susulan kejadian itu, ia telah menghasilkan nilai kerugian yang tinggi berhubung penangguhan bekalan dagangan, termasuklah kos kerosakkan pada laluan terbabit.
Setelah mencapai kata putus, Lembaga Terusan Suez memaklumkan Evergreen akan dilepaskan pada 7 Julai kelak.
Pelepasan kapal milik Jepun membawa kepada persetujuan nilai pampasan berikutan kerugian yang dialami pihak Mesir. Ia merangkumi ganti rugi hasil terusan, serta kos kerosakan laluan air yang menghubungkan Asia-Eropah.
Untuk makluman, kapal kontena seberat 220,000 tan itu telah menjalani pemeriksaan berhubung bahagian teknikal di Great Bitter Lake, bagi memastikan pemeriksaan bersesuaian dengan aktiviti pelayaran mereka.
Berdasarkan laporan AFP – Mesir kehilangan pndapatan harian antara RM49.55 juta hingga RM61.95 juta sepanjang tempoh tersebut. Menerusi perbincangan bersama, Mesir-Pemilik Ever Given iaitu Shoei Kisen Kaisha telah memuktamadkan nilai pampasan dengan pengurangan tuntutan kerugian kepada RM2.3 bilion.