Setelah hampir seminggu sejak Selasa lalu – kapal kontena Ever Given terkandas pada laluan Terusan Suez kini ia berjaya digerakkan semula untuk membuka semula laluan perkapalan Terusan tersebut.
Berdasarkan laporan Reuters, makluman pembukaan laluan tersebut telah dinyatakan oleh Ketua Pihak Penguasa Terusan Suez (SCA) iaitu Osama Rabie. Peralihan itu telah dibantu menerusi paras air pasang yang tinggi dengan bantuan 10 kapal tunda – menyebabkan proses tundaan tersebut berjaya dilakukan.
Untuk makluman, kapal kontena seberat 220,000 tan itu akan menjalani pemeriksaan berhubung bahagian teknikal di Great Bitter Lake, tindakan Evergreen Line itu bagi memastikan pemeriksaan bersesuaian dengan aktiviti pelayaran mereka.
Proses pergerakan semula kapal kontena itu tidak hanya mengatasi masalah kesesakan bahkan melenyapkan kerugian kos yang terpaksa ditanggung perdagangan berhubung penangguhan perjalanan bekalan. Ia telah menyebabkan kos sehingga RM41.46 bilion untuk sehari dan lebih RM200 bilion untuk tergendala 6 hari.