Artikel

Jepun Beri Gambaran Awal – Temasya Olimpik Tokyo Diadakan Secara Tertutup

Rentetan peningkatan penularan kes COVID-19 mulai berlaku di beberapa buah bandar, Jepun kini memberi gambaran awal bahawa acara Olimpik Tokyo berkemungkinan diadakan secara tertutup.

Amaran tersebut untuk mempersiapkan tindakan semua pihak, atas sebarang makluman semasa ketika temasya itu berlangsung kelak. Seperti yang umum ketahui, bulan lalu Jepun telah menyatakan kebenaran, kehadiran 10,000 pengunjung pada temasya itu.

Namun, berdasarkan laporan Yomiuri Shimbun – sekiranya situasi pandemik semakin meruncing para penonton dilarang menyertai acara tersebut.

Setakat ini, keutamaan penganjur adalah memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat merangkumi atlet, rakan media dan penonton kekal terjamin dari sebarang penularan kes. Berdasarkan pengamatan, kerajaan Jepun berkemungkinan melanjutkan tempoh sekatan negara mereka ketika temasya ini sedang berlangsung pada 23 Julai kelak.

Bagaimanapun makluman itu akan dikemasikini dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi kesihatan Jepun.