Bergelut dengan situasi pandemik semasa, Jepun kini secara rasminya telah bersetuju membenarkan kehadiran sehingga 10,000 penonton pada acara Olimpik Tokyo menjelang 23 Julai 2021 ini.
Keputusan ini nyata telah menamatkan pelbagai desas-desus berhubung penglibatan para pengunjung untuk temasya sukan terbesar itu.
Seperti yang umum ketahui, had penglibatan pengunjung ini melibatkan warga tempatan sahaja. Sementara penonton luar negara tidak dibenarkan, sejak Mac.
Pihak penganjur turut memberi amaran bahawa acara sukan iniboleh dilaksanakan secara tertup sekiranya terdapat peningkatan semula pada penularan kes semasa – dan ini akan membawa kepada pertimbangan membatalkan penyertaan para pengunjung.
Pengesanan jangkitan itu akan dibantu berasaskan penggunaan sistem GPS – Global Positioning System untuk mencegah penularan COVID-19 sewaktu temasya itu berlangsung.
Sebelum ini penganjur telah memaklumakan pihaknya akan melaksanakan sistem itu, untuk tujuan mengesan pergerakan mereka secara reaktitf sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 berlaku.
Untuk makluman, fungsi sistem ini akan diaktifkan pada telefon pintar bagi individu yang terlibat dalam temasya ini. individu yang terlibat juga perlu menyatakan perancangan dan kedudukan mereka di Jepun untuk 14 hari pertama. Pihak yang terlibat merangkumi atlet, pegawai temasya, serta petugas media.