Artikel

Negara Membangun Terima Dana Tambahan Vaksin COVID-19, Sekitar AS$8 Bilion – Bank Dunia

Jika sebelum ini agihan dana keseluruhan COVID-19 yang disediakan Bank Dunia kepada negara sedang membangun berjumlah RM49.6 bilion (AS$12 bilion), kini penambahan dana telah dilaksanakan.

Peningkatan AS$8 bilion telah dilakukan, menjadikan jumlah keseluruhan dana mencecah sehingga AS$20 bilion.

Pengumuman pada hari ini (1 Julai) bertujuan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran vaksin untuk pengagihan berterusan. Ini termasuklah penglibatan perbankan swasta dalam membantu pembiayaan kepada negara berpendapatan rendah, seperti Afrika Selatan.

Adanya dana tambahan ini, ia akan terus tersedia sehingga 2022 – bagi memastikan pengedaran rantaian vaksin terus beroperasi.

Walaupun, dana tambahan telah dilakukan – kerjasama negara maju dalam memerangi isu bekalan vaksin ini harus diteruskan. Presiden Bank Dunia David Malpass turut menggesa penglibatan negara maju pada pengaihan bekalan vaksin.

Malah penilaian bersama WHO dan IMF, sebuah pasukan petugas akan dibentuk untuk menyelaraskan agihan vaksin bagi negara-nega membangun ini.