Sebelum ini, Grab-Singtel telah mengadakan kerjasama bagi perolehan lesen bank digital di Singapura, kini tindakan yang sama turut dilakukan bersama rakan pelabur lain bagi perolehan lesen bank digital di Malaysia.
Berdasarkan laporan The Business Times-Singapura, penyertaan sedemikian merangkumi faktor prestasi penyelesaiaan digital seperti tawaran pinjaman, pembayaran dan pulangan. Bagaimanapun, kerangka perolehan lesen bank digital Malaysia memberi penekanan dan keutamaan kepada pengendali pemain tempatan.
Setakat ini – tidak dinyatakan sebarang pengesahan berhubung penglibatan pemain tempatan lain dalam pembentukan konsortium tersebut.
Untuk makluman, tarikh akhir kemuka permohonan telahpun berakhir pada 30 Jun – dan pengiktirafan 5 lesen bank digital negara ini hanya akan diketahui pada suku pertama 2022, di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) kelak.