Artikel

IPO CTOS – Disasar Mampu Cecah Sehingga RM1.21 Bilion

Mac lalu, agensi pelaporan kredit – CTOS Digital Sdn Bhd telah mengemukakan permohonan untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia. Kini, hasil langkah itu dijangka mencecah nilai sehingga RM1.21 bilion bagi pelancaran hari ini.

Sasaran itu meliputi terbitan awam sekitar 200 juta saham baharu serta tawaran jualan sebanyak 900 juta saham terdahulu – pada kadar RM1.110 sesaham.

Hasil terbitan awam itu akan digunakan untuk melunaskan pinjaman bank, peruntukan pada pelaburan sinergi dan pengambilalihan entiti tertentu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan – Dennis Martin menyatakan, sokongan baik dari pelabur tempatan dan antarabangsa memberikan cerminan akan keyakinan mereka terhadap potensi prestasi kumpulan.

Setakat ini, 23 pelabur menyatakan komitmen pada penyertaan penawaran IPO untuk kelas institusi. Ia merangkumi KWSP, AIA, PNB, JP Morgan Asset dan beberapa entiti lain.

Sementara, bagi pencapaian hasil suku pertama tahun ini pula telah menunjukkan peningkatan 24.1% dengan meraih RM42.3 juta berbanding tahun lalu.

Wujudnya dorong tersebut, akan membantu penawaran produk CTOS Digital terus diperluaskan menjangkaui pelaporan kredit kepada perkembangan penyelesaian digital.